DANA WAKAF PEMBINAAN MASJID YUSUF SUNGAI PUSU GOMBAK
Latar Belakang Kampung Sungai Pusu Gombak
Kampung Sungai Pusu terletak di Gombak Utara. bersebelah dengan kampus induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Ianya mula dibuka pada tahun 1958 oleh orang besar Daerah Gombak iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Paduka Raja Haji Wan Mahmud Pa’wan Teh semasa beliau bertugas sebagai pegawai tanah Kuala Lumpur. Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 1960.
Objektif Utama Pembinaan Masjid Yusuf Sungai Pusu
Kiraan terkini menunjukkan bahawa jumlah ahli kariah seramai 1,300 orang yang mana 700 orang daripada jumlah tersebut adalah lelaki dewasa dan jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari.Namun begitu, ruang solat Surau Jumaat yang menjadi tempat kepada ahli kariah untuk menunaikan solat jumaat tidak lagi dapat menampung jumlah lebih dari 700 jemaah bagi menunaikan solat jumaat di surau tersebut. Atas dasar itu, satu inisiatif untuk membina sebuah masjid baru yang boleh memuatkan lebih dari 1,200 jemaah dalam satu masa telah dirancang oleh pihak jawatan kuasa Pembinaan Masjid Yusuf Kampung Sungai Pusu.
Tujuan Dana
Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan Masjid Yusuf Sungai Pusu bernilai RM12 Juta. Antara kos yang terlibat dalam pembinaan Masjid Yusuf kampung sungai pusu adalah seperti berikut:
- Pembinaan Bangunan Masjid Yusuf
- Wang Pendahuluan Sementara
- Kos Kerja Awalan
- Kos Kerja Pendawaian
- Cerucuk
- Kos Kerja Luar Jangka
Kelebihan Infaq Harta Di Jalan Allah
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
- Menzahirkan Pengabdian Diri Kepada Allah S.W.T
- Sebagai Langkah Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T
- Mendapat Kebajikan Yang Berkekalan Walaupun Pewakaf Telah Meninggal Dunia
- Berkongsi Manfaat Dikalangan Umat Islam Dalam Menyemarakkan Syiar Islam.
- Ianya Dapat Mengukuhkan Perpaduan Dan Ekonomi Ummah Dan
- Ianya Juga Secara Tidak Langsung Dapat Mengekalkan Pemilikan Dan Pengkongsian Aset Umat Islam Di Negara Ini Khususnya.
Bagaimana nak berwakaf untuk Masjid Yusuf Kampung Sungai Pusu?
Bagi memudahkan tuan/puan menyumbangkan dana kepada Masjid Yusuf Kampung Sungai Pusu, pihak kami menyediakan pakej seperti berikut :
PAKEJ WAKAF A - RM 100
PAKEJ WAKAF B - RM 10
PAKEJ WAKAF C - SEIKHLAS HATI
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : BANK ISLAM
Nama : Jawatankuasa Pembinaan Masjid Yusuf
No Akaun : 1416 2011 000 520
Letakkan reference/remark "MASJID YUSUF" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 013 - 9377 117 (Prof Dr. Radzi)
LIKE |FOLLOW |SHARE
FB PAGE:
https://www.facebook.com/wakafmasjidsungaipusu